in , , ,

Sony Dilaporkan Mempatenkan Controller Yang Mempunyai Touchscreen – Controller Untuk PS5?

Sony Interactive Entertainment America telah mengfailkan satu paten kemaskini yang mungkin memberikan kita sedikit info tentang controller baru yang sedang mereka ciptakan.

Dalam paten yang boleh dibaca di laman United States Patent Office, ia menjelaskan tentang gaming controller secara umum seperti apakah fungsi-fungsi yang ada dengan controller ini. Namun apa yang menarik tentang paten terbaru ini ialah ia ada menyebutkan tentang fungsi touchscreen.

Korang boleh baca deskripsi controller tersebut di bawah, yang menggunakan terma-terma yang sangat teknikal (tanpa terjemahan):

“A controller for interfacing wirelessly with a computing device is provided, including the following: a housing defined by a main body, a first extension extending from a first end of the main body, and a second extension extending from a second end of the main body, the first extension and the second extension for holding by a first hand and a second hand of a user, respectively; a touchscreen defined along the top surface of the main body between the first extension and the second extension; a first set of buttons disposed on the top surface of the main body proximate to the first extension and on a first side of the touchscreen; and a second set of buttons disposed on the top surface of the main body proximate to the second extension and on a second side of the touchscreen.”

Walau bagaimanapun, agak sukar sebenarnya untuk kita tafsir daripada apa yang dinyatakan dalam paten ini. Apakah sebenarnya fungsi “touchscreen” yang disebutkan? Adakah hanya sebagai idea konsep atau benar-benar akan diletakkan ke dalam controller baru Sony?

Sama ada ia adalah fungsi yang akan dimasukkan ke dalam controller untuk PS5 ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan.

Terima kasih, DualShockers.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kutipan Filem Box Office Hollywood Tetap Tak Boleh Kalahkan Kutipan VIdeo Game

RM7,000 Jadi Rebutan Dalam Pertandingan FIFA 19 Di Nusajaya, Johor – Daftar Sekarang!