in ,

Sony Dilaporkan Mahu Game PS5 Dimainkan “Semudah Seperti Menonton Netflix”

Bagi yang belum tahu, Sony akan menampilkan SSD ke dalam PlayStation 5. Teknologi yang canggih ini akan membuatkan PS5 melakukan kerja-kerjanya dengan lebih pantas seperti mengurangkan secara signifikan tempoh loading dan masa untuk muat-turun sesuatu serta mengembang-luaskan lagi apa yang boleh dilakukan oleh pembangun game.

Membincangkan tentang teknologi ini, wartawan gaming terkemuka dari Kotaku, Jason Schreier telah mendedahkan sesuatu yang agak menarik terhadap apakah perancangan sebenar Sony dalam memperkenalkan penggunaan SSD dalam sistem konsol generasi akan datang mereka itu.

Schreier berkata Sony telah mencadangkan para pembangun game supaya pengalaman bermain game di PS5 kelak harus semudah mencari, memilih dan menonton kandungan video di Netflix.

“Saya ada dengar tentang perkara mengagumkan tentang sistem operasi PS5 seperti satu cadangan yang dikemukan kepada para pembangun adalah untuk ‘bermain game PS5 seharusnya semudah Netflix'”, kata Schreier.

“Mereka [Sony] mahu pemain rasa mereka dapat buka game secara terus dan tahu berapa lamakah sesuatu aktiviti itu akan mengambil masa mereka [pemain]. Mereka [Sony] mahu pemain lebih berkehendak untuk bermain dalam jangka waktu pendek berbanding menunggu untuk menghidupkan konsol sedangkan mereka [pemain] tahu mereka hanya ada beberapa jam sahaja untuk diluangkan.”

Memandangkan ini bukanlah kata rasmi daripada Sony, maka kita berwaspadalah untuk mempercayai kenyataan ini. Namun Jason Schreier sentiasa dikenali sebagai seorang yang mendedahkan pelbagai info yang sahih.

Buat masa ini, Sony masih lagi menjadualkan PS5 untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konami Cantas Khabar Angin Yang Mengatakan Silent Hill Akan Dibangunkan Semula

Senarai Game Yang Menyokong Cross-Play Antara PC, PS4, Xbox One, Switch Dan Mobile

Senarai Game Yang Menyokong Cross-Play Antara PC, PS4, Xbox One, Switch Dan Mobile