in , ,

Sony Dilaporkan Hubungi Semua Penerbit Besar Pihak Ketiga Untuk Kandungan Eksklusif, Tawar Lebih Berbanding Microsoft

Dalam seminggu ini, kita dikejutkan dengan kandungan eksklusif yang dijalin antara Sony dan Square Enix dalam Marvel’s Avengers. Karakter Spider-Man akan hadir dalam game tersebut, namun hanya untuk PS4 dan PS5.

Berita ini telah membangkitkan kemarahan para pemain di PC dan Xbox, namun pembangun Crystal Dynamics telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan perkara ini merupakan perjanjian antara PlayStation dan Marvel, dan Sony mempunyai hak untuk menentukan di platform manakah Spider-Man boleh muncul.

Terkini, satu lagi laporan telah muncul mengatakan yang Sony pada ketika ini sedang menghubungi semua penerbit besar pihak ketiga untuk mengadakan perjanjian eksklusif ‘PlayStation Advantage’ — seumpama apa yang mereka lakukan terhadap Spider-Man dalam Marvel’s Avengers.

Menurut PlayStationLifestyle.net, beberapa insider yang boleh dipercayai telah mengatakan yang para pemain perlu bersedia untuk melihat lebih banyak perjanjian ‘mengejutkan’.

Laporan ini menyatakan ‘sangat banyak’ perjanjian seumpama ini bakal tiba, dan skala yang bakal kita lihat adalah ‘mengejutkan’. Sony dikhabarkan akan menggunakan jenama โ€œPlayStation Advantageโ€ dan โ€œConsole Exclusiveโ€ untuk bergerak ke hadapan.

Bukan itu sahaja. Malah Sony dikatakan menawarkan wang yang lebih banyak daripada Microsoft untuk mendapatkan perjanjian eksklusif ini. Microsoft dilaporkan bukanlah tidak mahu menawarkan sebarang wang, namun apa yang ditawarkan oleh Sony jauh lebih tinggi.

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Apa-apa pun, seperti biasa, berita ini masih lagi dalam status khabar angin. Jangan terlalu percaya selagi ia tidak diumumkan secara rasmi.

Apa pandangan korang? Suka dengan perjanjian eksklusif seperti ini yang dilakukan oleh Sony? Atau korang lebih suka dengan pasaran yang lebih terbuka?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Papan Iklan UEFA Champions League Mula Paparkan Iklan PS5

Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Pemain Fall Guys Mula Main Tipu Dengan Berlari Terlalu Pantas, Ini Videonya