Sony dikatakan sedang cuba untuk merawat luka yang berdarah sejak beberapa tahun lalu.
Satu laporan telah muncul yang mengatakan bahawa Konami dan PlayStation sedang bekerjasama untuk menghidupkan semula game Silent Hill reboot yang pernah menggegarkan dunia gaming pada tahun 2015. Salah satu faktor yang mendorong projek ini, lapor Rely on Horror, adalah disebabkan game itu yang masih lagi menarik minat ramai peminat sehingga kini walaupun sudah kira-kira lima tahun dibatalkan.
Semestinya, untuk membangunkan semula Silent Hill, ia takkan ‘hidup’ tanpa insan paling penting di belakang francais ini, iaitu Hideo Kojima. Seperti yang kita tahu, Kojima dan Konami (pemilik hakcipta Silent Hill) tidak lagi sependapat sejak 2015, sehingga membuatkan game P.T. (demo untuk reboot Silent Hill) dibatalkan, keluarnya Kojima dari Konami, pembentukan Kojima Production sehingga terhasilnya Death Stranding.
Maka disebabkan itu, Sony dilaporkan sedang cuba untuk mendamaikan dua pihak ini, iaitu antara Kojima dan Konami agar dapat membangunkan sebuah game Silent Hill yang mantap.
Antara butiran tentang projek terbaharu ini ialah ia dikatakan akan menggunakan kelebihan headset PlayStation VR untuk PS5. Game seram dalam suasana VR, tidak mengejutkan.
Laporan ini menambah menarik apabila sebelum ini, Kojima ada mengacah para pengikutnya di Twitter tentang beliau sedang mengkaji beberapa bahan untuk membikin game seram.
Apa-apa pun, seperti biasa, ini hanyalah khabar angin. Selagi tiada apa-apa kata rasmi daripada mana-mana pihak, jangan terlalu berharap. Sekiranya benar pun Sony sedang berusaha membaikkan hubungan Kojima dan Konami, tidak semestinya kedua-dua pihak akan bersetuju.
Comments
Loading…