Minggu lalu, wartawan tersohor, Tom Henderson telah melaporkan yang Sony bakal memperkenalkan controller “Pro” baharu untuk PS5 tidak lama lagi.
Terkini, beliau mendedahkan pula yang Sony bakal mengumumkan tiga model headset dan dua model monitor baharu yang “terbaik untuk PS5”.
Berbeza dengan laporan tentang controller “Pro” yang beliau tidak berani sahkan, laporan mengenai beberapa headset dan monitor ini beliau berani mengatakan yang ia telah “disahkan oleh sumber-sumber” yang diterimanya.
Headset-headset baharu ini dikatakan dijenamakan sebagai “INZONE”. Tiga model headset tersebut adalah INZONE H3 (berwayar, paling murah), INZONE H7 (wayarles) , dan INZONE H9 (wayarles, paling mahal).
Untuk dua monitor itu pula, ia dilaporkan akan membawakan ciri-ciri yang eksklusif untuk PlayStation seperti HDR Tone Mapping dan Auto Genre Picture Mode.
Satu monitor dikatakan menampilkan resolusi 4K pada 144Hz, manakala satu lagi pula 1080p pada 240Hz. Kedua-duanya digambarkan sebagai “terbaik untuk PS5” dan telah menerima sokongan VRR (HDMI/G-Sync) serta menampilkan latency rendah (1ms GtG).
Henderson walau bagaimana pun tidak menyatakan bilakah model-model headset dan monitor baharu ini akan diumumkan secara rasmi oleh Sony.
Apa-apa pun, sekiranya laporan ini adalah sahih, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi.
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.