Sony dilaporkan akan memulakan produksi untuk model kemaskini PlayStation 5 pada tahun 2022.
Namun, ia bukanlah model baharu seperti PS5 Slim atau PS5 Pro. Sebaliknya, ia hanya merupakan kemaskini yang memfokuskan kepada komponen dalaman yang nanti tiada sebarang perubahan dari segi rekaan luaran.
Berita ini datang dari sebuah laman web perniagaan Taiwan, DigiTimes (via VGC).
Laporan ini mengatakan bahawa beberapa pembekal, termasuklah kilang semikonduktor TSMC, sedang merancang untuk mulakan produski rekaan semula konsol PS5 sekitar suku kedua dan ketiga tahun hadapan.
Rekaan kemaskini komponen dalaman itu dikhabarkan akan menggunakaan ciptaan baharu 6nm CPU daripada AMD. Ketika ini, PS5 menggunakan 7nm, maka penggunaan 6nm merupakan satu penambahbaikan. Walau bagaimanapun, penggunaan 5nm pula dikatakan terlalu mahal.
Dalam laporan sebelum ini, Sony telah menyatakan bahawa mereka tidak yakin yang stok PS5 akan bertambah baik secara drastik pada tahun fiskal ini, iaitu tempoh waktu yang akan berakhir pada 31 Mac 2022.
Comments
Loading…