in , ,

Sony Dilaporkan Akan Menutup PS Store Di PS3, Vita Dan PSP Bermula Julai

Sekiranya laporan ini sahih, ia bakal melabuhkan tirai sebuah era.

The Gamer melaporkan, menurut sumber yang mereka percayai, Sony bakal menutup PlayStation Store di PlayStation 3, PS Vita dan PlayStation Portable (PSP) buat selamanya bermula Julai ini. Pengumuman tentang perkara ini dikatakan akan dibuat pada hujung bulan Mac.

PS Store di PS3 dan PSP dikhabarkan akan ditutup pada 2 Julai 2021, manakala di PS Vita pula akan terus dibuka sehingga 27 Ogos 2021.

Apabila PS Store di platform-platform lama PlayStation ini ditutup pada tarikh-tarikh tersebut, para pemain tidak akan mampu lagi untuk membeli apa-apa game digital atau DLC.

Sama ada laporan ini sahih ataupun tidak, sama-sama kita nantikan apakah Sony akan mengumumkannya pada hujung bulan ini ataupun sebaliknya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Pembangun Control Kata Sony Lebih Bersedia Berbanding Microsoft Untuk Konsol Generasi Baru

Microsoft Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Discord Dengan Nilai Lebih RM41 Billion