in ,

Sony Dikhabarkan Akan Membuka Pra-Tempahan PS5 Pada Mac Ini

Tahun 2020 bakal menjadi tahun yang cukup sibuk untuk industri gaming memandangkan kita bakal memasuki konsol generasi seterusnya.

Walaupun kita masih belum diberitahu tentang tarikh tepat PlayStation 5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini, kita pasti juga tertanya bilakah kita akan boleh mula membuat pra-tempahan. Dalam satu laporan terbaru, Sony Interactive Entertainment dikatakan akan membuka pra-tempahan untuk PlayStation 5 seawal bulan Mac ini.

Laporan ini datang daripada Twitter @PSErebus, satu akaun yang cukup terkenal mendedahkan info tertiris yang sering menjadi sahih.

Laporan ini turut mengatakan yang rekabentuk dan butiran lanjut tentang controller untuk PS5 akan didedahkan dalam suku pertama tahun ini.

Sama ada berita ini sahih ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi daripada Sony.

Sebelum ini, kita turut mendengar khabar angin tentang controller DualShock 4 dari PS4 akan boleh digunakan di PS5 kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Buku-Buku The Witcher Mula Kehabisan Stok Di Amazon, Satu Lagi Tempias Siri Netflix

Halo Akan Keluar Untuk Nintendo Switch? Khabar Angin Ini Mungkin Susah Nak Percaya