Macam mana pun korang memikirkan tentang perancangan masa depan, pasti korang tetap tidak akan mampu menyaingi cara bagaimana Sony berfikir tentang masa depan.

Tahun 2020, kita baru sahaja akan disajikan dengan konsol PlayStation 5. Namun, syarikat gergasi itu sudahpun memikirkan nama untuk konsol mereka jauh ke hadapan.

Menurut Gematsu, Sony Interactive Entertainment telah mengfailkan tanda dagang untuk “PS6,” PS7,” “PS8,” “PS9,” dan “PS10” di Jepun — nama-nama yang telah diselamatkan untuk Sony, berkemungkinan menjadi platform untuk PlayStation pada masa akan datang.

Sebagai info tambahan, berikut ialah sejarah tentang nama-nama yang digunakan untuk PlayStation berserta bilakah tanda dagangnya difailkan.

  • “PS” (ditanda-dagangkan pada 2000, dilancarkan pada 1994)
  • “PS2” (ditanda-dagangkan pada 1999, dilancarkan pada 2000)
  • “PS3” (ditanda-dagangkan pada, dilancarkan pada 2006)
  • “PS4” (ditanda-dagangkan pada, dilancarkan pada 2013)
  • “PS5” (ditanda-dagangkan pada, dilancarkan pada 2020)

Memfailkan tanda dagang untuk sesuatu produk yang belum dikeluarkan adalah sesuatu yang lazim dalam mana-mana syarikat besar. Walau bagaimanapun, tindakan Sony yang memfailkan sehingga PS10 boleh dikata agak mengejutkan.

Sama-samalah kita nantikan sama ada hasrat Sony untuk sampai ke PS10 berjaya ataupun tidak (kalau umur kita panjang).

1 komen

  1. kup dengan tiduran atau duduk santai atau apalaahh…..
    gak perlu keluar keringat…..
    tapi dapat duit banyak?? solusi hanya di QQHarian

JomKomen!