in , ,

Sony Buang Penggunaan Kad Kredit, Debit, PayPal Di PS3, PS Vita

Mac lalu, Sony telah mengumumkan rancangan mereka untuk menutup PlayStation Store di PlayStation 3 dan PlayStation Vita, membuatkan para pemain tidak akan berpeluang lagi untuk membeli game-game baharu di platform-platform tersebut.

Walau bagaimanapun, setelah menerima kecaman teruk, Sony menarik semula hasrat itu.

Terkini, walaupun masih membuka PS Store di PS3 dan Vita, Sony nampaknya akan menyukarkan para pemain untuk melakukan pembelian di platform-platform lama itu.

Sony telah mengumumkan yang bermula 27 Oktober 2021, mereka tidak akan membenarkan lagi penggunaan kad kredit, kad debit dan PayPal untuk membeli sebarang kandungan atau menambah nilai wallet PlayStation Store melalui konsol PS3 dan Vita.

Terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk membeli kandungan-kandungan di PS3 dan Vita. Antaranya menambah nilai menggunakan kad topup PS Store terus di konsol dan handheld itu.

Selain itu, para pemain boleh menambah nilai terlebih dulu wallet PS Store di desktop, peranti mobile, konsol PS4, atau konsol PS5 (menggunakan kad kredit, kad debit, PayPal, kad topup). Setelah mempunyai jumlah wang yang diingini dalam wallet, pemain boleh gunakan wang itu di konsol PS3 atau Vita.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kedai Game Di Jepun Tulis Nama Pembeli Di Kotak PS5 Untuk Bendung Scalper

CDPR Memperlihatkan Video The Witcher 3 Dimainkan Di Steam Deck