Walaupun bukan satu mode yang popular berbanding single-player story, Uncharted 4: A Thief’s End di PS4 sebenarnya ada menampilkan Multiplayer.
Namun, apabila versi remastered game itu, Uncharted: Legacy of Thieves Collection, dilancarkan ke PS5 dan PC kelak, Sony tidak akan menyertakan sekali Multiplayer.
Perkara ini telah disahkan apabila rating Uncharted: Legacy of Thieves Collection telah dinaikkan di laman web ESRB. Laman itu dengan jelas menyatakan yang game ini “tiada elemen interaktif”, satu terma yang digunakan untuk menggambarkan ketiadaan sebarang bentuk Multiplayer.
Ketika Uncharted 4: A Thief’s End dilancarkan pada 2016, ia didatangkan bersama mode multiplayer kompetitif yang kemudiannya turut memperkenalkan mode survival co-op — yang mana ia turut boleh diakses oleh pemain Uncharted: The Lost Legacy.
Uncharted: Legacy of Thieves Collection meggabungkan dua game Uncharted yang asalnya dilancarkan untuk PS4, iaitu Uncharted 4: A Thief’s End (2016) dan Uncharted: The Lost Legacy (2017) versi remastered dalam satu game koleksi.
Uncharted: Legacy of Thieves Collection akan dilancarkan terlebih dulu di PS5 pada awal tahun 2022, manakala versi PC pula akan dilancarkan selepas itu.
Comments
Loading…