in , , ,

Sony Buang Cyberpunk 2077 Dari PS Store, Sediakan Refund Penuh Untuk Versi Digital

Setelah kira-kira seminggu kita menyaksikan kontroversi pelancaran Cyberpunk 2077 yang teruk di platform konsol, serta isu refund antara CD Projekt Red dengan Sony — akhirnya Sony mengambil langkah yang dinantikan ramai.

Sony telah menyediakan satu laman khas di laman web PlayStation, sekaligus mengeluarkan kenyataan rasmi mereka terhadap isu yang dialami pemain PS4 terhadap Cyberpunk 2077.

Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan mengembalikan semula wang penuh (full refund) Cyberpunk 2077 yang para pemain beli secara digital di PlayStation Store, sekiranya pemain tersebut memohon untuk mendapatkan refund.

Dalam kenyataan ini, Sony turut mendedahkan bahawa mereka telahpun membuang game tersebut dari PlayStation Store. Berapa lama ia akan hilang? Akan dimaklumkan kemudian, kata Sony. Makna kata, pemain yang baru saja nak membeli game ini di PlayStation Store, korang tidak akan menemuinya, buat masa ini.

Untuk pemain yang memiliki Cyberpunk 2077 versi disk fizikal, dan ingin mendapatkan refund, seperti yang dah diberitahu CDPR sebelum ini, korang boleh cuba mendapatkan refund dari kedai yang dibeli terlebih dulu. Sekiranya tidak berjaya, CDPR telah menyediakan satu emel khas — [email protected] — yang akan membantu para pemain untuk mendapatkan refund.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Refund Cyberpunk 2077 PS4: CDPR Kata Tunggu Dulu, Tak Perlu Hubungi Sony

Esports Sah Dipertandingkan Sebagai Acara Pingat Dalam Sukan Asia 2022 Hangzhou, China