in ,

Sony Berkongsi Lanjut Senarai Game PlayStation Plus Baharu – Assassin’s Creed Valhalla, Red Dead Redemption 2, God of War, Ghost Of Tsushima, Death Stranding

Sony telah berkongsi lanjut mengenai langganan baharu PlayStation Plus dalam satu artikel baharu.

Dalam perkongsian kali ini, Sony masih belum lagi mendedahkan senarai penuh kesemua game yang akan tampil ke dalam ketiga-tiga tahap PS Plus itu, namun mereka sudah mula berkongsi beberapa game popular yang akan menghiasi servis baharu itu.

Sebelum baca senarai game di bawah ini, kalau korang masih keliru dengan tiga tahap yang ditawarkan dalam PS Plus ini, korang boleh baca mengenainya terlebih dulu di sini.

Game Catalog (PS Plus Extra & Deluxe)

Game Katalog merupakan koleksi game PS4 dan PS5 yang akan ditawarkan dalam tahap Extra dan Deluxe. Ia akan boleh diakses oleh para pelanggan pada bila-bila masa, selagi mana langganan masih aktif dan ia masih ditawarkan dalam koleksi Game Catalog.

Seperti yang disebutkan tadi, ini bukanlah senarai penuh, tetapi lebih kepada senarai game popular sahaja. Sony masih belum mendedahkan senarai penuh dalam Game Catalog, yang mana tentunya akan menawarkan lebih 400 game.

Senarai game yang didedahkan dalam Game Catalog, setakat ini ialah:

PlayStation Studios

  • Alienation | Housemarque, PS4
  • Bloodborne | FromSoftware, PS4
  • Concrete Genie | Pixelopus, PS4
  • Days Gone | Bend Studio, PS4
  • Dead Nation Apocalypse Edition Housemarque, PS4
  • Death Stranding and Death Stranding Director’s Cut | Kojima Productions, PS4/PS5
  • Demon’s Souls | Bluepoint Games,  PS5
  • Destruction AllStars | Lucid Games, PS5
  • Everybody’s Golf Japan Studio, PS4
  • Ghost Of Tsushima Director’s Cut | Sucker Punch, PS4/ PS5
  • God of War | Santa Monica Studio, PS4
  • Gravity Rush 2 Japan Studio, PS4
  • Gravity Rush Remastered | Japan Studio, PS4
  • Horizon Zero Dawn Guerrilla, PS4
  • Infamous First Light | Sucker Punch, PS4
  • Infamous Second Son Sucker Punch, PS4
  • Knack | Japan Studio, PS4
  • LittleBigPlanet 3 | Sumo Digital, PS4
  • LocoRoco Remastered | Japan Studio, PS4
  • LocoRoco 2 Remastered | Japan Studio, PS4
  • Marvel’s Spider-Man | Insomniac Games, PS4
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales | Insomniac Games, PS4/PS5
  • Matterfall |Housemarque, PS4
  • MediEvil | Other Ocean, PS4
  • Patapon Remastered | Japan Studio, PS4
  • Patapon 2 Remastered | Japan Studio, PS4
  • Resogun | Housemarque, PS4
  • Returnal | Housemarque, PS5
  • Shadow of the Colossus Japan Studio,  PS4
  • Tearaway Unfolded |Media Molecule, PS4
  • The Last Guardian | Japan Studio, PS4
  • The Last of Us Remastered Naughty Dog, PS4
  • The Last of Us: Left Behind Naughty Dog, PS4
  • Until Dawn | Supermassive Games, PS4
  • Uncharted The Nathan Drake Collection |Naughty Dog, PS4
  • Uncharted 4: A Thief’s End | Naughty Dog, PS4
  • Uncharted: The Lost Legacy | Naughty Dog, PS4
  • WipEout Omega Collection Clever Beans & Creative Vault Studios, PS4

Rakan Kongsi Pihak Ketiga

  • Ashen | Annapurna Interactive,PS4
  • Assassin’s Creed Valhalla Ubisoft, PS4/PS5
  • Batman: Arkham Knight | WB Games, PS4
  • Celeste | Maddy Makes Games, PS4
  • Cities: Skylines | Paradox Interactive, PS4
  • Control: Ultimate Edition 505 Games, PS4/PS5
  • Dead CellsMotion Twin, PS4
  • Far Cry 3 Remaster | Ubisoft, PS4
  • Far Cry 4 | Ubisoft, PS4
  • Final Fantasy XV Royal Edition | Square Enix Co. LTD, PS4
  • For Honor | Ubisoft, PS4
  • Hollow Knight | Team Cherry, PS4
  • Marvel’s Guardians of the Galaxy | Square Enix Co. LTD., PS4/PS5
  • Mortal Kombat 11 | WB Games, PS4/PS5
  • Narutoshippuden: Ultimate Ninja Storm 4 | Bandai Namco Entertainment Inc., PS4
  • NBA 2K22 | 2K Games, PS4/PS5
  • Outer Wilds Annapurna Interactive, PS4
  • Red Dead Redemption 2 | Rockstar Games, PS4 
  • Resident Evil Capcom Co., Ltd, PS4
  • Soulcalibur VI Bandai Namco Entertainment Inc., PS4
  • South Park: The Fractured but Whole*** | Ubisoft, PS4
  • The Artful Escape | Annapurna Interactive, PS4/PS5
  • The Crew 2 | Ubisoft, PS4
  • Tom Clancy’s The Division | Ubisoft, PS4

Classic Games Catalog (PS Plus Deluxe)

Antara kelebihan PS Plus tahap ketiga/tertinggi, iaitu Deluxe, adalah kehadiran game-game klasik dari PS1, PS2 PSP serta game remastered dari PS4.

Sesetengah game ini akan menyajikan framerate lebih stabil serta resolusi yang lebih tinggi berbanding game versi asal. Malah, sesetengahnya juga akan membawakan interface menu baharu yang akan membenarkan pemain save game pada bila-bila masa.

Classics Games Catalog – Dari PS1, PSP

PlayStation Studios 

  • Ape Escape | Japan Studio, Original PlayStation 
  • Hot Shots Golf | Japan Studio, Original PlayStation
  • I.Q. Intelligent Qube | Japan Studio, Original PlayStation
  • Jumping Flash! Japan Studio, Original PlayStation
  • Syphon Filter | Bend Studio, Original PlayStation
  • Super Stardust Portable Housemarque, PSP

Rakan Kongsi Pihak Ketiga

  • Mr. Driller | Bandai Namco Entertainment Inc., Original PlayStation 
  • Tekken 2 | Bandai Namco Entertainment Inc., Original PlayStation 
  • Worms World Party | Team 17, Original PlayStation 
  • Worms Armageddon Team17, Original PlayStation 

Classic Games Catalog – Remasters

PlayStation Studios

  • Ape Escape 2 | Japan Studio, PS4
  • Arc The Lad: Twilight of the Spirits | Japan Studio, PS4
  • Dark Cloud Japan Studio, PS4
  • Dark Cloud 2 | Japan Studio, PS4
  • FantaVision SIE, PS4   
  • Hot Shots Tennis Japan Studio, PS4  
  • Jak II Naughty Dog, PS4
  • Jak 3Naughty Dog, PS4
  • Jak X: Combat Racing Naughty Dog, PS4
  • Jak and Daxter: The Precursor Legacy | Naughty Dog, PS4
  • Rogue Galaxy Japan Studio, PS4
  • Siren | Japan Studio, PS4
  • Wild Arms 3 SIE, PS4 

Rakan Kongsi Pihak Ketiga

  • Bioshock Remastered | 2K Games, PS4
  • Borderlands The Handsome Collection | 2K Games, PS4
  • Bulletstorm: Full Clip Edition | Gearbox Publishing, PS4
  • Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning THQ Nordic, PS4
  • LEGO Harry Potter Collection | WB Games, PS4

Mana Game PS3?

Seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, Sony masih belum berjaya membawa game-game PS3 ke platform PS4 dan PS5 secara native (muat-turun). Satu-satunya cara mereka mampu bawakan game PS3 ke konsol PS4/PS5 adalah melalui cloud streaming.

Disebabkan cloud streaming hanya dilancarkan di beberapa negara terpilih, tidak termasuk pasaran Malaysia, maka pelanggan tempatan tidak akan dapat menikmati game-game PS3.

Game Trials (PS Plus Deluxe)

Satu lagi kelebihan PS Plus tahap Deluxe adalah tawaran untuk mencuba game-game baharu dalam tempoh beberapa jam (kebanyakannya dua jam). Tempoh percubaan ini hanya dikira apabila pemain masuk ke dalam game tersebut, dan bukannya dari mula pemain muat-turun.

Game Trials amat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesebuah game itu sebelum memutuskan untuk membelinya secara berasingan.

Buat masa ini, game yang diumumkan untuk berada dalam Game Trials ialah:

PlayStation Studios 

  • Uncharted: Legacy of Thieves Collection | Naughty Dog, PS5
  • Horizon Forbidden West Guerrilla, PS4/PS5

Rakan Kongsi Pihak Ketiga

  • Cyberpunk 2077 | CD Projekt, PS5
  • Farming Simulator 22 Giants Software GmBH, PS4/PS5 
  • Tiny Tina’s Wonderland |  2K Games, PS4/PS5
  • WWE 2K22 | 2K Games, PS4/PS5

Sony menegaskan yang senarai game yang ada dalam Extra dan Deluxe akan disegarkan pada setiap pertengahan bulan dengan menambah barisan game baharu.

Dalam kenyataan ini, Sony tidak menyebutkan tentang barisan game yang akan meninggalkan koleksi game tersebut. Namun, seperti yang kita tahu, langganan seumpama ini, selain menambah game baharu, akan juga mengeluarkan beberapa game lain. Kami berharap agar Sony akan mengumumkan senarai game yang akan meninggalkannya pada setiap bulan dengan lebih jelas dan awal agar para pelanggan boleh bersedia.

Langganan baharu PlayStation Plus ini akan menemui para pemain Malaysia pada 24 Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gambar-Gambar Baharu Set Penggambaran The Last of Us HBO Kelihatan Mengagumkan

Fall Guys Beralih Ke Model Percuma, Dilancarkan Ke Switch, Xbox, Epic Games Store 21 Jun