PS4 tidak akan diendahkan dengan begitu cepat.
Melalui pengesahan bahawa PS4 sedang memasuki fasa terakhir dalam kitaran hidup konsolnya, ramai peminat sudah mula berbelah bahagi. Ada yang menyambut baik dan tidak sabar untuk menunggu PS5, tetapi ada juga yang merasa belum bersedia untuk meninggalkan PS4 kesayangan ini.
Berita baik untuk korang yang sukar untuk move on, Sony menyatakan yang mereka akan terus menyokong PS4 sehingga tahun 2021 dan mungkin lebih jauh daripada itu, menurut laporan strategi korporat pertengahan penggal Sony (via Push Square). Laporan tersebut merupakan strategi yang dirancang sehingga 31 Mac 2021.
Sony mengakui bahawa menjelang tahun-tahun akan datang, jualan hardware akhirnya akan menjadi semakin perlahan, namun syarikat itu menjangkakan untuk membantu penurunan itu dengan jualan perkhidmatan dan software.
Jadi, kepada korang yang sebelum ini terlalu risau kalau-kalau Sony menganaktirikan PS4 selepas PS5 dikeluarkan, korang sudah boleh bertenang.
Comments
Loading…