Apa lagi yang peminat mahu?

Minggu lalu, apabila Fortnite Battle Royale diumumkan untuk Nintendo Switch, ia telah menghangatkan satu kontroversi yang sememangnya sudah panas sebelum ini. Selepas tidak mahu membenarkan fungsi cross-play antara PS4 dan Xbox One dalam Fortnite, Sony turut menghalang log masuk akaun Epic Games di Switch yang telah dihubungkan dengan akaun PS4.

Terbaru, bercakap kepada BBC, seorang wakil Sony telah memberikan respon terhadap kritikan yang mereka terima ini. Kata beliau:

“Fortnite sudahpun popular dengan pemain PS4, menawarkan pengalaman free-to-play yang sebenar supaya gamers boleh masuk dan bermain online. Dengan 79 juta PS4 telah terjual di seluruh dunia dan lebih daripada 80 juta pengguna bulanan dalam PlayStation Network, kami telah bina satu komuniti gamers yang besar yang boleh bermain bersama dalam Fortnite dan semua game online. Kami juga menawarkan sokongan cross-play Fortnite dengan PC, Mac, iOS dan peranti Android, memperluaskan peluang kepada peminat Fortnite di PS4 untuk bermain dengan lebih ramai gamer di platform-platform lain.”

Kalau korang masih tak faham apa Sony cuba sampaikan, ia seolah-olah berkata, “PS4 dah ada ramai pemain, kenapa nak gabungkan dengan Xbox One dan Switch lagi?”

Daripada apa yang dinyatakan oleh wakil Sony ini, nampaknya syarikat itu seperti tidak akan berganjak dengan pendirian mereka ini dalam masa terdekat.

Apa pandangan korang? Adakah fenomena Fortnite ini akan berjaya melembutkan hati Sony? Atau mungkin akan ada game akan datang yang mampu?

JomBaca: Kenderaan Pertama Yang Dibawa Masuk Ke Dalam Fortnite Adalah… Troli Shopping!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.