in ,

Sony Beli Studio Pembangun Returnal, Housemarque

Sama ada kita sedar ataupun tidak, Sony dan Microsoft seolah-olah berada dalam satu perang dingin, berlumba-lumba dalam menarik studio-studio pembangunan game ke bawah payung syarikat masing-masing.

Terbaharu, Sony telah mengumumkan pengambil-alihan studio pembangunan game tertua di Finland, Housemarque. Kedua-dua pihak walau bagaimanapun tidak mendedahkan nilai pembelian yang dipersetujui.

Game paling baharu yang dikeluarkan Housemarque adalah Returnal. Walaupun sebelum pengambil-alihan, Returnal merupakan sebuah game eksklusif untuk PS5.

Selain itu, Housemarque turut dikenali sebagai pembangun kepada Super Stardust HD, Dead Nation, Resogun, dan Matterfall.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan:

“Pembangun game ini telah menjalankan tugas yang baik bagi memberikan pemain pengalaman baharu dalam menghadapi game yang melibatkan time loop ini. Pertempuran yang mencabar, semangat mengumpul item yang berbeza serta penggunaan senjata yang sangat responsif merupakan antara elemen yang membuatkan game ini sangat menarik.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GTA 6 Dilaporkan Guna Latar Belakang Vice City Yang Moden, Pelancaran Selewatnya 2025

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ghost of Tsushima: Director’s Cut Tertiris Di Laman ESRB, Keluar Untuk PS4, PS5