in , ,

Sony Batalkan PlayStation Experience (PSX) 2018, Fokus Terarah Untuk Tahun 2019

PlayStation Experiece (PSX) merupakan acara tahunan daripada Sony yang bermula pada tahun 2015 yang diadakan di Amerika Syarikat. Ia umpama acara E3, namun fokus kepada apa sahaja berkaitan PlayStation.

Ia berbeza dengan PSX South-East Asia (SEA) yang lebih bersifat lokal kepada gamers di Asia Tenggara.

Terbaru, pengerusi Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shawn Layden telah mengumumkan yang PSX tidak akan mereka anjurkan untuk tahun 2018. Secara asasnya, sebab yang Sony nyatakan adalah kerana mereka tidak mempunyai sesuatu yang kuat untuk dibawakan ke PSX 2018, dan fokus mereka kini lebih terarah untuk tahun 2019.

Ini kenyataan beliau:

“Untuk 2018, saya tahu ini mungkin akan mengecewakan sesetengah orang, tetapi kami telah memutuskan yang kami tidak akan adakan PlayStation Experience. Kami tidak akan adakannya di Amerika Syarikat pada tahun ini. Sebabnya adalah kerana kami tidak ada — kami mempunyai banyak progress yang kami sedang lakukan untuk game-game kami, dan kami kami telah saksikan yang ia telah keluar — sekarang kita sudah ada Spider-Man dikeluarkan, kami sedang melihat ke 2019 untuk game-game seperti Dreams dan Days Gone, tetapi kami tidak cukup untuk bawakan orang ramai untuk datang bersama ke suatu lokasi di Amerika Utara untuk acara ini. Kami tidak mahu letakkan harapan terlalu tinggi dan kemudian tidak menyampaikannya, jadi kami telah buat — satu keputusan yang berat — tetapi kami tegas untuk tidak anjurkan PlayStation Experience pada tahun ini.”

Pada pandangan kami, ia merupakan keputusan yang bijak daripada Sony. Mereka kini sudah umumkan segala game-game eksklusif yang akan dilancarkan ke PS4. Apa yang ada di tangan mereka sekarang mungkin tidak cukup untuk membuat kejutan di PSX, jadi lebih baik untuk mereka fokuskan sahaja kepada game-game yang pastinya akan menggegarkan lagi pada tahun 2019.

PSX telah menjadi platform yang terbaik untuk Sony sejak beberapa tahun belakangan ini. The Last of Us Part II dan Uncharted: The Lost Legacy telah diumumkan di pentas ini. Maka sebab itu, ramai yang agak kecewa apabila Sony mengumumkan yang PSX tidak akan dianjurkan untuk tahun ini.

PSX 2019, sekiranya ada, mungkinkah kita akan bertemu dengan PlayStation 5 buat kali pertama?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Megaquarium: Hasil Karya Studio Indie Bersaiz Mini – Kecil-Kecil Cili Padi Tau!

Kesan Ketagihan Fortnite Sama Seperti Ketagihan Dadah Heroin – Kata “Pakar Kesihatan”