in ,

Sony Arahkan Syarikat Jual Plat Sisi PS5 Batalkan Tempahan Atau Tindakan Undang-Undang Diambil

Minggu lalu, sebuah syarikat yang digelar PlateStation5 telah membuka tempahan untuk plat sisi PS5. Dalam kata lain, konsol PS5 itu sendiri belum lagi dilancarkan secara rasmi, tapi para pemain sudah boleh membuat tempahan untuk plat sisinya yang boleh dicabut dan digantikan dengan plat lain yang mengikut citarasanya.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut telah menerima arahan daripada pihak Sony supaya membatalkan tempahan plat sisi itu atau mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut VGC, pada mulanya, mereka hanya perlu menukar nama laman web “PlateStation5.com” kerana menerima aduan daripada Sony yang mendakwa mereka telah mencabuli hakcipta Sony.

Namun, aduan ini nampaknya telah beralih ke tahap yang lebih jauh apabila pihak peguan Sony telah menyatakan kepada syarikat tersebut bahawa harta intelek Sony menjangkau kepada plat sisi, dan sekiranya syarikat itu terus menjual dan mengedarkannya ke mana-mana negara, ia akan berakhir di mahkamah.

Syarikat yang telah bertukar nama ke CustomizeMyPlates itu telah membatalkan semua pra-tempah untuk plat sisi PS5 yang telah mereka ambil sebelum ini, dan mereka mengatakan yang mereka kini “lebih cerdik” tentang undang-undang hakcipta.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Black Ops Cold War Memerlukan Storan Sehingga 250GB

Filem Tentang Pasukan Esports Wanita Sedang Dalam Pembikinan, Dibintangi Ellen Page