Dalam jangka masa seminggu, Sony telah mengambil-alih dua syarikat bagi memperkuat barisan studio yang berada di bawah payung PlayStation Studios.
Terbaharu, Sony mengumumkan telah mengambil-aloh Nixxes Software, sebuah syarikat yang pakar dalam melakukan port game dari satu platform ke platform lain — berpangkalan di Utrecht, Belanda.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Nixxes akan ‘menyediakan keupayaan teknikal dan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam syarikat untuk PlayStation Studios’.
Antara projek yang Nixxes pernah terlibat sebelum ini adalah Shadow of the Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider, Tomb Raider, Deus Ex: Mankind Divided, dan Marvel’s Avengers.
Pengambil-alihan ini menandakan Sony kini lebih bersedia untuk melancarkan game-game PlayStation ke platfom PC. Lebih-lebih lagi apabila PlayStation Studios kini sudahpun mempunyai laman rasmi di Steam.
Beberapa hari lalu, Sony telah mengumumkan pengambil-alihan studio yang membangunkan Returnal, Housemarque.
Comments
Loading…