in ,

Sony Akan Hasilkan Lebih Banyak PS4 Untuk Tampung Kekurangan Stok PS5

Sepertimana pandemik global yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk reda, kekurangan stok PS5 juga tidak memperlihatkan sebarang angin untuk memenuhi keperluan para pemain pada tahun 2022 ini.

Terkini, Sony dilaporkan akan meningkatkan produksi PS4 bagi menampung kekurangan stok PS5 di pasaran.

Laporan ini hadir dari Bloomberg (via Kotaku), yang mana ia mengatakan bahawa Sony pada asalnya mahu menamatkan produksi PS4 pada penghujung 2021, satu laporan yang Sony sentiasa nafikan.

Walau bagaimanapun, melihat kepada stok PS5 yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan disebabkan cip komponen global yang masih berkurangan, maka Sony telah membatalkan hasrat itu, sebaliknya akan terus meningkatkan produksi konsol generasi lama itu.

Antara faktor mengapa langkah ini diambil Sony adalah disebabkan komponen untuk menghasilkan PS4 lebih banyak tersedia, serta konsol itu lebih murah untuk Sony hasilkan dan juga lebih murah untuk para pengguna beli.

Apabila ditanyakan apakah PS4 akan tetap mempunyai permintaan yang tinggi walaupun PS5 telah dilancarkan, ini jawapan wakil jurucakap Sony:

“Ia merupakan antara konsol terlaris dalam sejarah dan akan sentiasa ada kandungan silang antara beberapa generasi [konsol].”

Langkah Sony ini juga mungkin bakal menyaksikan beberapa game baharu pihak pertama mereka terpaksa turut memikirkan untuk berkompromi melancarkannya di PS4, seperti apa yang dapat kita lihat untuk God of War Ragnarok dan Horizon Forbidden West.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Warga Twitter Malaysia Pada 2021 Berbual Paling Banyak Tentang Genshin Impact, Kena: Bridge of Spirits, Roblox, PUBG

2 Video Baru Dying Light 2 Diperlihatkan – Trailer Pelancaran, Gameplay Co-Op, Perbandingan Grafik