in , , ,

Sony Akan Dedahkan 3 Game PlayStation Baru Sebelum Acara Kemuncak E3 2018

3 game baru? Apa agaknya?

Sony telah mengumumkan bahawa bermula esok, mereka akan mendedahkan info-info penting pada setiap hari selama lima hari sehingga acara kemuncak E3 2018. Antara pengumuman yang akan mereka lakukan dalam sesi countdown ini termasuklah dua game PS4 baru dan satu game untuk PS VR.

Berikut adalah jadual yang telah Sony keluarkan:

  • Pengumuman game PS4 baru dengan sokongan PS VR (6 Jun)
  • Tarikh pelancaran untuk satu game akan datang daripada Worldwide Studios (7 Jun)
  • Pengumuman game PS4 baru (8 Jun)
  • Pengumuman game PS VR baru (9 Jun)
  • Info tentang satu game yang sangat dinantikan akan tiba ke PS VR (10 Jun)

Kesemua pengumuman tersebut akan dilakukan pada setiap pukul 11 malam (waktu Malaysia) mengikut tarikh masing-masing.

Acara kemuncak untuk countdown ini, semestinya sidang media PlayStation di pentas E3 pada 12 Jun, 9 pagi (waktu Malaysia).

Segala info tentang livestream di E3 2018 boleh korang dapati di sini.

Jadi, korang dah bolehlah meneka apakah game yang akan diumumkan dalam sesi countdown selama lima hari ini. Kongsikan tekaan korang dalam ruangan komen di bawah!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

7 Sebab Kenapa ROG Phone Adalah Smartphone Gaming Paling Unggul Setakat Ini!

TIME Sedang Giat Berunding Dengan Kerajaan Untuk Internet Lebih Pantas Dan Murah