CEO dan Presiden PlayStation, Jim Ryan telah mengacah yang Sony akan mengambil-alih lebih banyak studio.
Perkara ini didedahkan Ryan ketika bercakap dalam podcast rasmi PlayStation, lapor VGC.
“Kami kini berada dalam kedudukan yang baik dengan PlayStation Studios dan berada dalam keadaan ini sejak beberapa tahun lalu,” kata Ryan. “Kejayaan kritikal dan kejayaan komersial untuk game-game yang kami bangunkan, itu memberikan kami kebenaran untuk melabur secara besar dalam penciptaan kandungan.”
“Kami sedang mengembangkan studio-studio kami secara organik dan kami juga berkembang melalui pengambil-alihan. Kami mendapatkan lima studio sepanjang 2021, kami sedang dalam perbincangan dengan Bungie dan kami mempunyai banyak lagi [pengambil-alihan] sudah dirancang.”
“Ini membawa kita ke arah kitaran mulia di mana kejayaan mengakibatkan lebih kejayaan.”
Antara studio terbaharu yang diambil-alih oleh Sony ialah Haven Studios, studio yang diasaskan oleh veteran industri, Jade Raymond.
Dalam seminggu dua ini, sememangnya banyak laporan daripada beberapa sumber berbeza yang mengatakan Sony bakal mengumumkan satu pengambil-alihan yang “amat besar” dalam masa terdekat. Kata-kata acah terbaharu daripada Ryan ini nampaknya telah menghangatkan lagi ura-ura ini.
Apakah studio seterusnya yang bakal dibawa masuk Sony ke dalam PlayStation Studios? Sama-sama kita nantikan.
I may need your help. I tried many ways but couldn’t solve it, but after reading your article, I think you have a way to help me. I’m looking forward for your reply. Thanks.