in ,

Sony Adakan Jualan Murah PlayStation Sempena Ramadan/Raya – Diskaun Game, PS Plus, Controller, PS VR

Sony telah mengumumkan satu kempen jualan murah bersempena Ramadan dan Hari Raya yang dijalankan di seluruh Malaysia — merangkumi game digital, game fizikal, controller dan headset PlayStation VR.

Dari 28 April hingga 12 Mei 2021, produk-produk berikut akan mendapat diskaun di kedai-kedai pengedar rasmi PlayStation:

  • PlayStation VR — RM979
  • DUALSHOCK 4 (warna terpilih sahaja) — RM179
  • Ghost of Tsushima — RM169
  • Crash Bandicoot 4: It’s About Time — RM169
  • The Last of Us Part II — RM129
  • Final Fantasy VII Remake — RM129
  • God of War — RM55
  • The Last of Us Remastered — RM55
  • UNCHARTED 4: A Thief’s End — RM55
  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition — RM55
  • Ratchet & Clank — RM55

Selain game-game disk fizikal di atas, Sony turut menawarkan bermacam game dengan diskaun sehingga 80% di PlayStation Store.

Di samping itu, dari 28 April hingga 5 Mei sahaja, pemain berpeluang mendapatkan langganan 12-bulan PlayStation Plus pada harga RM127 di PlayStation Store.

Jadi, game apa yang korang nak dapatkan untuk sambutan Hari Raya tahun ini? Atau mungkin PlayStation VR dan controller DualShock 4 baharu?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Mei 2021 – Battlefield V, Coffee Talk, Wreckfest

Rangka Cerita The Last of Us 3 Dah Ditulis, Tapi Belum Mula Produksi, Dedah Pengarah