Menu
in , ,

Sony Ada Perancangan Untuk Lawan Xbox Game Pass, Tapi Belum Sedia Umumkan

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Microsoft yang menarik perhatian ramai ialah Xbox Game Pass. Ia merupakan satu langganan seumpama Netflix untuk game yang membenarkan pemain mengakses bermacam senarai game menarik hanya dengan satu langganan.

Sejak diperkenalkan, ramai yang tertanya-tanya, adakah Sony akan memperkenalkan langganan seumpamanya? Nampaknya Sony sebenarnya sedang merancang sesuatu namun mereka belum bersedia untuk mengumumkannya.

Ketika bercakap kepada TASS, ketua PlayStation, Jim Ryan telah ditanyakan mengenai respon Sony terhadap servis langganan Xbox Game Pass. Menariknya, beliau menjawab, “sebenarnya ada berita yang bakal tiba, tapi bukan hari ini.”

Ini sememangnya satu kenyataan yang agak misteri kerana beberapa bulan lalu, beliau telah ditanyakan soalan yang sama, tapi jawapannya agak bertentangan. Semasa bercakap kepada GamesIndustry, Ryam berkata, “kami tidak akan mengikut langkah dengan meletakkan game-game baharu ke dalam model langganan. Game-game ini menggunakan kos jutaan dolar, lebih USD100 juta dolar sebenarnya, untuk membangunkannya. Kami tak nampak itu sebagai sesuatu yang lestari.”

Apakah sebenarnya perancangan Sony untuk memberikan saingan kepada Xbox Game Pass? Dan bila mereka akan mendedahkannya? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version