in ,

Sonic the Hedgehog Adalah Filem Adaptasi Game Dengan Kutipan Tertinggi Minggu Pembukaan Dalam Sejarah

Sonic the Hedgehog yang kini dipuji ramai, telah memecahkan satu rekod yang agak mengagumkan.

Sonic the Hedgehog kini merupakan filem adapatasi dari video game dengan kutipan tertinggi dicatatkan untuk hujung minggu pembukaan dalam sejarah berdasarkan kutipan di Amerika Syarikat. Filem yang menampilkan hero ikonik berwarna biru itu telah menolak rekod yang sebelum ini dipegang oleh Detective Pikachu.

Dalam tempoh hujung minggu pembukaan tayangan (tiga hari pertama tayangan), Sonic the Hedgehog mencatat kutipan sebanyak USD57 juta (~RM235 juta), manakala Detective Pikachu pernah mengumpulkan USD54.3 juta (~RM225 juta) dalam tempoh yang sama, lapor The Hollywood Reporter.

Untuk luar daripada Amerika Syarikat, Sonic the Hedgehog mencatatkan kutipan sebanyak USD43 juta (~RM178 juta) di 40 buah negara.

Kejayaan ini pastinya dipengaruhi oleh perubahan yang dilakukan produksi selepas menerima maklum balas daripada para peminat. Semasa mengeluarkan trailer pertama, rekaan karakter Sonic yang buruk telah dikecam teruk oleh peminat, sehinggakan produksi filem ini terpaksa melakukan perubahan.

Korang dah tonton Sonic the Hedgehog di pawagam? Menghiburkan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kejayaan Spider-Man Dan Star Wars Jedi: Fallen Order Buat Disney Berminat Hasilkan Lebih Banyak Game

Ubisoft Umumkan Rainbow Six Siege Untuk PS5, Akan Boleh Main Multiplayer Bersama PS4