Soma, sebuah game indie yang mengutarakan konsep seram mendapat perhatian didalam komuniti gaming di platform PC baru-baru ini. Dengan review yang meletup-meletup, memang tidak mengejutkan sama sekali. Menurut official blog dari Frictional Games, mereka telah berjaya menjual 92,000 unit dalam hanya 10 hari dan dijangkakan 2,000 unit untuk tiap hari seterusnya.
Secara umumnya Soma ada sebuah game yang ber-genre science fiction survival horror dan dimainkan secara first person. Menurut Frictional Games, mereka cuba menerapkan masuk psycological horror dan cuba mengelakkan menggunakan aksi seram mengejut yang biasa digunakan dalam game-game seram umumnya.
Game ini mempunyai kurang aksi kombat dam memerlukan pemain untuk lebih fokus kepada eksplorasi, penyelesaian puzzle dan juga stealth.
Soma telah pun berada pasaran sejak 22 September lalu dengan harga RM 56.00 di Steam.
Comments
Loading…