Kali terakhir kita dengar tentang perkembangan filem adapatasi dari game Metal Gear Solid adalah pada 2017 di mana pengarahnya, Jordan Vogt-Roberts telah mendapat restu daripada pencipta francais ini, Hideo Kojima.
Perkembangan filem ini telah membisu agak lama, sehinggalah kini.
Menurut laporan Deadline, filem terbitan Sony Pictures itu telah mencapai kata putus terhadap siapakah yang bakal membawakan watak utamanya, iaitu Solid Snake. Pelakon tersebut ialah Oscar Isaac, yang mana antara karya yang mengangkat namanya adalah lakonan sebagai Poe Dameron dalam trilogi sekuel filem Star Wars.
Laporan ini turut menyatakan bahawa tarikh mula penggambaran filem ini masih belum diketahui disebabkan jadual Isaac yang terlalu padat. Namun, penglibatan beliau dalam filem ini dikatakan menjadi prioriti utama dalam meneruskan produksi ini.
Francais game Metal Gear Solid pertama kali dikeluarkan pada tahun 1998 untuk konsol pertama PlayStation, dicipta oleh Hideo Kojima dan diterbitkan oleh Konami.
Filem adaptasi ini akan diarahkan oleh Jordan Vogt-Roberts yang cukup terkenal sebagai pengarah filem Kong: Skull Island.
Comments
Loading…