Setelah sekian lama menjadi hajat para pemain, Apex Legends akan membawakan sokongan cross-play antara kesemua platform yang game ini ada tidak lama lagi.
Sokongan cross-play ini akan melibatkan platfotm Origin, PS4, Xbox One dan juga Steam serta Switch. Ya betul, dua platform baharu telah diumumkan semasa EA Play Live yang baru sahaja tamat sebentar tadi, iaitu Steam dan Nintendo Switch.
Sokongan cross-play dan pelancaran ke dua platform terbaharu ini bakal tiba dalam musim luruh tahun ini, iaitu sekitar September hingga Disember. Respawn masih belum mengumumkan tarikh tepatnya.
Comments
Loading…