Ini lagi satu game pelik yang mendapat perhatian kitorang di JomGaming – Snow Horse! Apakejadahnya kuda main snowboarding?
So, gamers on Steam dan Xbox One akan boleh memiliki game Snow Horse ini di awal 2016 nanti! Tapi kenapa kuda? Kenapa atas snowboard?
Walaupun ianya mungkin kelihatan seakan game snowboarding yang lain (siapa main SSX kita geng!), tetapi Snow Horse ini sememangnya dibikin untuk gelak tawa sebenarnya!
Selepas .gif game ini dikongsikan oleh developer Chris Figueroa di Twitter pada Oktober 2015 lepas, Snow Horse mendapat perhatian dari pelbagai pihak – termasuk di akaun Twitter E3 pada masa itu!
Korang berminat nak tengok game ini dalam pembikinannya? Lawati Facebook diorang!
Comments
Loading…