Sniper Elite 4: Kembali Menyerang Hendap Tahun Ini!

0

Studio Rebellion telah mengumumkan bahawa Sniper Elite 4 dalam proses pembikinan dan bakal dikeluarkan tahun ini. Jom layan trailer terbaru Sniper Elite 4!

Viaduct

Sniper Elite 4 adalah sekuel kepada Sniper Elite 3 yang mengisahkan seorang penembak tepat bernama Karl Fairburne. Dalam siri terbaru ini, beliau akan dihantar ke Italy untuk membantu menentang pengaruh Fasisme di sana.

Sniper Elite 4 dilaporkan akan mempunyai resolusi 1080p untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One. Rebellion turut menyatakan bahawa siri kali ini bakal menyajikan peminat dengan mod kempen, co-op dan juga multiplayer dalam rekaan level yang terbesar buat siri Sniper Elite.

snap-2016-03-08-09h19m25s985

Sniper Elite 4 bakal menemui peminat di PC, PS4 dan juga Xbox One.

JomKomen!