Processor baru Qualcomm Snapdragon belum pun dilancarkan, tetapi ujian benchmark yang leak telah mulakan perlumbaan bagi processor smartphone terhebat masakini.

Sebuah ujian benchmark AnTuTu bagi Snapdragon 8150 yang belum ada di pasaran, telah leak di Weibo, dan ujian tersebut menunjukkan Snapdragon 8150 telah mengalahkan prestasi benchmark Huawei Kirin 980 and Apple A12 Bionic yang sudahpun terjual sekarang.

Secara keseluruhannya, ujian benchmark ini (sekiranya benar) telah menunjukkan Snapdragon 8150 telah mendapat skor 3622292 mata – 24% lebih baik daripada Kirin 980 prestasi ujian benchmark AnTuTu pada 273913 mata. Ujian benchmark AnTuTu bagi A12 Bionic pula mendapat skor 353210 – rendah sedikit berbanding Snapddragon 8150!

Turut menarik perhatian adalah skor benchmark AnTuTu bagi aspek GPU Snapdragon 8150 dengan skor 156328 mata. Ini adalah 20% lebih baik daripada GPU Adreno 630 dalam Snapdragon 845 masakini.

Qualcomm Snapdragon 8150 sudahpun dimulakan pembikinannya dan dijangka akan mula terjual dalam smartphone dan peranti mudah alih pada tahun 2019 nanti.

JomKomen!