in , , , ,

Smite: Kini Pintu Untuk Beta Di PS4 Dibuka!

Smite yang bergenrekan MOBA kini membuka pintu bagi pemain PS4 mencubanya! Daftar dan dapatkan peluang mencubanya!

smite-01

Smite adalah multiplayer online battle arena (MOBA) yang mempunyai pandangan third-person yang direka oleh Hi-Rez Studios untuk Windows, PS4 dan juga XBox One.

smite-02Dalam Smite, pemain akan berpeluang mengawal watak-watak dari pelbagai mitos dari China, Mesir, Greek, Hindu, Jepun, Mayan, Norse dan Roman. Sebanyak lebih 70 watak boleh dipilih oleh pemain untuk berentap.

smite-03Pada masa sekarang, Smite mempunyai sebanyak 14 juta pemain aktif dan Hi-Rez Studios menjangkakan bilangan pemain akan bertambah dengan kehadiran mereka di PS4.

Pertandingan Smite World Championship yang pertama telah diadakan pada tahun 2015 di Atlanta dan pelbagai pasukan dari Amerika, Amerika selatan, Eropah dan China telah masuk bertanding. Jumlah hadiah terkumpul bagi pertandingan ini adalah sebanyak USD 2.6 juta. Ini menjadikan Smite sebagai pertandingan e-sport yang ke-3 terbesar!

Apa lagi nak tunggu, jom daftar beta untuk Smite!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

AGES 2016: Shah Alam Bakal Menjadi Saksi Pertempuran E-Sports Asia Tenggara!

The Division: Xbox One Bakal Menerima DLC 30 Hari Lebih Awal Daripada PS4 & PC