in

Sky Sports Akan Gunakan Bunyi Penyokong Dari Game FIFA Apabila Liga Perdana Inggeris Kembali

Rangkaian televisyen sukan di United Kingdom, Sky Sports akan menggunakan bunyi penyokong dari siri video game FIFA semasa menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sejak dunia diserang wabak pandemik COVID-19, bermacam aktiviti global telah dihentikan, termasuk jugalah perlawanan Liga Perdana Inggeris yang sepatutnya sudahpun tamat pada bulan lalu.

Selepas kira-kira 100 hari tergendala, liga bola sepak paling popular di dunia itu bakal kembali pada 17 Jun ini. Walaupun jadualnya disambung dengan syarat yang ketat perlu diikuti, antaranya seperti akan bermain di dalam stadium kosong tanpa penyokong, penonton di rumah di negara tersebut tidak perlu risau kerana atmosfera stadium akan cuba dihidupkan.

Sky Sports sedang bekerjasama dengan EA Sports untuk membawakan bunyi penyokong dari dalam game FIFA untuk dipancarkan ke rumah para penonton ketika menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris. Bukan sekadar hanya bunyi bising di stadium, malah akan turut menampilkan nyanyian-nyanyian spesifik untuk setiap kelab.

Penonton di rumah akan diberikan pilihan untuk sama ada menonton sesuatu perlawanan itu dengan kehadiran bunyi tambahan dari game FIFA ini ataupun boleh sahaja mematikannya.

Malapetaka Sedang Menghantui Career Mode Dalam FIFA 20, Ramai Pemain Mula Mengamuk

Buat masa ini, hanya Sky Sports yang mengumumkan kerjasama ini. Bagaimana pula dengan penonton di negara-negara lain, terutamanya di Malaysia? Adakah Astro melalui channel Fox akan turut membawakan fungsi yang sama?

Sumber: Eurogamer

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Sebenarnya Ada Easter Egg Di Dasar Laut Dalam Uncharted 4

Easter Egg The Last of Us Part II Sebenarnya Ada Di Dasar Laut Dalam Uncharted 4

1GB Data Percuma PENJANA Tidak Boleh Mainkan 10 Game Mobile Ini – PUBG, Mobile Legends, Call of Duty