in ,

Skull & Bones Dilaporkan Telah Di-Reboot, Akan Bawakan Penceritaan ‘Live’ Macam Fortnite

Di sebalik barisan game besar yang ditampilkan dalam Ubisoft Forward semalam, ada satu game yang sangat dinantikan ramai, tidak diperlihatkan oleh studio tersebut.

Game pertempuran kapal di laut luas, Skull & Bones telah membisu sejak sekian lama, walaupun ia telah menarik ramai peminat sejak pertama kali diperlihatkan pada E3 2017. Kali terakhir kita dengar tentang perkembangan terkini game ini ialah pada Oktober 2019 apabila Ubisoft mengumumkan yang pelancaran game ini ditunda ke tahun fiskal 2021/2022.

Walau bagaimanapun, kita mendapat satu khabar yang lebih mengejutkan tentang game ini. Menurut laporan VGC, Ubisoft telah meng-reboot Skull & Bones, atau dalam kata lain, game ini telah bertukar arah untuk menjadi sebuah game yang sedikit berbeza daripada apa yang pertama kali mereka dedahkan.

Game pertama yang diketuai oleh Ubisoft Singapore ini dilaporkan tidak lagi akan menggunakan model premium open-world yang sentiasa digunakan Ubisoft seperti Assassin’s Creed, The Division dan Watch Dogs.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan model ‘live’ menampilkan dunia berterusan dengan quest, karakter dan jalan cerita yang sentiasa berkembang secara drastik dan berubah mengikut waktu bergantung kepada apa yang dilakukan oleh komuniti. Ia bukanlah seperti The Division 2 yang walaupun mengeluarkan kemaskini kerap, tetapi tetap membawakan dunia, kisah dan kandungan yang statik.

Menurut laporan ini lagi, aktiviti sosial dan elemen penceritaan ‘live’ yang diterapkan dalam Fortnite keluaran Epic Games menjadi inspirasi utama kepada angin baharu Skull & Bones ini.

Buat masa ini, Ubisoft belum mengeluarkan sebarang komen terhadap laporan ini. Sama ada ianya sahih ataupun tidak, masih belum dapat dipastikan.

Apa yang didedahkan sebelum ini ialah game ini akan menggunakan latar belakang Lautan Hindi di Zaman Keemasan para lanun di era abad ke-18, dan kita boleh lihat dalam gameplay walkthrough PvP 5v5 di sini yang mana sebuah kapal dari Madagaskar sedang bertarung untuk mendapatkan habuan (loot) terbaik.

Skull & Bones sedang dibangunkan oleh Ubisoft Singapore, studio yang sebelum ini diberikan tugas untuk membangunkan gameplay pertempuran kapal laut dalam Assassin’s Creed 3 dan Assassin’s Creed: Black Flag.

Sekiranya laporan ini benar, apa pandangan korang? Suka dengan pertukaran pengarahan Skull & Bones ini? Kongsikan di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ada Karakter Gadis Malaysia Berhijab Dalam Hyper Scape - Noor Azimah Yusof

Ada Karakter Gadis Malaysia Berhijab Dalam Hyper Scape – Noor Azimah Yusof

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?