Skull & Bones bukan setakat belum dilancarkan lagi, malah tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Walau bagaimanapun, Ubisoft kini sedang membangunkan sebuah siri TV berdasarkan video game ini.

Menurut laporan eksklusif Hollywood Reporter, Ubisoft sedang bekerjasama bersama dengan Atlas Entertainment untuk membawakan game bertemakan lanun itu menjadi siri TV sebelum game itu sendiri dilancarkan — sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat gaming.

Siri TV ini akan menampilkan sebuah kisah yang diterajui oleh watak utama wanita berlatarbelakangkan Lautan Hindi semasa penghujung era keemasan kegiatan melanun pada 1700-an.

Amanda Segel sebagai penerbit eksekutif bakal turut menjadi penulis skrip kepada siri TV ini.

Ini sememangnya satu langkah yang cukup berani daripada Ubisoft, memandangakan kita belum tahu lagi apakah game ini akan mendapat sambutan ataupun tidak, tetapi mereka sudah yakin untuk membangunkan siri TV daripadanya.

Video game Skull & Bones akan dilancarkan ke PC, PS4 dan Xbox One pada tahun ini.

JomKomen!