in , , ,

Skull And Bones Sekali Lagi Ditunda Dan Akan Dilancarkan Pada Mac 2023

Ubisoft sekali lagi menunda game lanun yang ditunggu-tunggu iaitu Skull and Bones. Kali ini ditunda kepada 9 Mac 2023.

Didedahkan pada tahun 2017 dan telah berada dalam pembangunan sejak 2013, tarikh pelancaran game ini berkali-kali ditunda yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan November tahun ini.

Ubisoft berkata keputusan itu dibuat kerana maklum balas yang diterima dari pemain yang menyertai program percubaan baru-baru ini.

“Sementara pembangunan game sudah berakhir, masa yang lebih ini akan digunakan untuk menggilap lagi game dengan mengambil maklum balas dari para pemain semasa sesi percubaan teknikal dan Insider Program yang dilaksanakan pada dua minggu lepas.” kata Ubisoft.

“Ini adalah keputusan yang tepat untuk pemain dan jangka masa panjang untuk kejayaan game ini apabila ia dilancarkan nanti pada 9 Mac 2023.”

Selain itu, Ubisoft turut mengumumkan sesi beta terbuka yang akan diadakan sebelum tarikh pelancaran penuh, namun belum mendedahkan bilakah ia akan berlangsung.

Skull And Bones akan dilancarkan untuk PC, PS5 dan Xbox Series.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Modern Warfare 2 Catat Sesi Beta Terbesar Dalam Sejarah Call of Duty

Game Bulanan PlayStation Plus Oktober 2022 – Hot Wheels Unleashed, Injustice 2, Superhot