in , , ,

Skrip Uncharted Movie Akhirnya Telah Siap, Selepas 8 Tahun Tergendala

Selepas 8 tahun telah berlegar-legar di awangan, akhirnya skrip untuk filem yang dinanti-nantikan ini telah siap.

Siri aksi third-person adventure daripada Naughty Dog, Uncharted pertama kalinya diumumkan akan diadaptasi ke layar perak pada tahun 2009. Sejak itu, ia sentiasa mempunyai masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, antaranya pertukaran penulis skrip.

Terbaru, sejak ditugaskan pada tahun lalu untuk menulis skrip Uncharted Movie, Joe Carnahan akhirnya telah menyiapkan draft pertama untuk filem ini. Beliau telah memuatnaik muka hadapan draft skrip tersebut di laman Instagram-nya dengan mengatakan, “siap dan berhabuk. Kini kerja sebenar bermula. Sekiranya ada skrip aksi di Hollywood yang lebih hebar sekarang, saya ingin membacanya, kerana ini (skrip Uncharted Movie) adalah yang terbaik.”

https://www.instagram.com/p/BO-m4IiAeBg/

Carnahan yang cukup terkenal dengan hasil karyanya dalam The A-Team dan The Grey, sedang memikul satu tugasan yang berat untuk menulis sebuah cerita yang sehebat dengan apa yang ditampilkan dalam siri video game Uncharted. Filem ini sepatutnya dikeluarkan pada tahun lalu, namun ia telah ditunda ke satu tarikh yang masih belum diumumkan. Siapakah barisan pelakon, terutamanya siapakah yang bakal membawa watak Nathan Drake masih lagi menjadi tanda tanya.

Menurut pandangan anda, siapakah yang paling sesuai untuk melakonkan watak Nathan? Kongsikan dengan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Steam Cipta Sejarah, Cecah 14 Juta Pemain Serentak Awal Pagi Tadi

ESL One Genting 2017: Perlawanan Sengit Timur dan Barat, Digital Chaos Muncul Juara!