in , , ,

Skrip Filem Uncharted Ditulis Sebagai Filem R-Rated Dan Dipenuhi Dengan Aksi-Aksi Gempak!

Pelbagai game cuba diadaptasikan untuk dijadikan filem dan Uncharted juga tidak terkecuali dalam adaptasi filem Hollywood.

Pada Januari lalu, Joe Carnahan berkongsi skrip Uncharted yang sudah siap ditulis bersama peminat di Instagram. Beliau mendedahkan kenapa rating R sesuai dengan Uncharted dan memberitahu kenapa Uncharted ini lain daripada filem Indiana Jones.

Penulis itu berkata, “Saya tulis skrip ini dengan mengekalkan intipati sama seperti dalam game. Mereka mencarut dalam game itu. Mereka mempunyai cara licik mereka tersendiri. Memang saya tulis dalam filem adalah perkara yang sepatutnya ada dalam game itu.”

Beliau juga mengulas tentang aksi Uncharted dikatakan sama seperti dalam filem Indiana Jones, Carnahan berkata, “Saya sebenarnya peminat Indiana Jones juga tapi saya rasa ada banyak perbezaan antara Indiana Jones dan Drake. Drake mempunyai kawannya, Sully dan kadang-kala Drake juga berseorangan dalam game. Kalau hendak dibandingkan dengan Indiana Jones, Indiana Jones seorang yang menghargai dan sukakan arkeologi manakala Drake pula mencari harta karun dan tidak sukakan muzium.”

Beliau juga turut menambah, “Saya rasa Amy Henning (penulis skrip asal untuk tiga game awal Uncharted) berjaya membezakan antara mereka berdua semasa Hennig buat Uncharted. Dia membuatkan Drake itu anti-Indiana Jones. Semasa kejadian pada game pertama, Drake dan Sully meninggalkan Elena di jeti untuk mengejar harta karun. Indiana Jones tidak pernah lakukan perkara sedemikian. Itu adalah satu bukti bahawa Indiana Jones sangat berbeza dengan Nathan Drake.”

Joe Carnahan juga diberitahu oleh Sony dan Naughty Dog bahawa beliau diberi kebebasan penuh untuk menulis skrip Uncharted ini. Beliau menulis empat babak aksi yang akan memukau penonton dan peminat tetapi berbeza dengan babak aksi dalam game.

Sony Pictures sebelum ini mengumumkan Shawn Levy (Stranger Things, siri Night of The Museum) untuk mengarah filem Uncharted.

Filem Uncharted akan berlandaskan mengikut game pertama, Uncharted: Drake’s Fortune yang dibangunkan oleh Naughty Dog. Game ini mengisahkan seorang pengembara harta karun berketurunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, Nathan Drake. Drake mendapat tahu lokasi sebenar harta karun El Dorado, kota yang dipenuhi dengan emas namun El Dorado adalah sebuah tugu emas yang mempunyai sumpahan mistik. Sumpahan mistik itu menukarkan orang Sepanyol dan Nazi menjadi raksasa zombie dan menyukarkan lagi pencarian Drake apabila ramai lagi yang lain mengejar harta karun yang sama.

Nathan Drake masih lagi muda remaja dalam game pertama, Uncharted: Drake’s Fortune.

Uncharted: Drake’s Fortune berjaya mengeluarkan tiga sekuel selepasnya dan game paling terbaru ialah Uncharted 4: A Thief’s End dikeluarkan pada Mei 2016. Naughty Dog juga mengumumkan satu stand-alone bertajuk Uncharted: The Lost Legacy yang bakal keluar pada tahun ini.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi untuk filem ini daripada Sony Pictures.

Sumber: ComingSoon.net

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Asia Pacific University Lancarkan eSports Malaysia Academy - Bangunkan Bakat Atlit Dan Tenaga Kerja Esports!

Asia Pacific University Lancarkan eSports Malaysia Academy – Bangunkan Bakat Atlit Dan Tenaga Kerja Esports!

Lagi Petunjuk Karakter Doomfist Dalam Overwatch! Blizzard Main Acah-Acah Di Twitter Pula!

Lagi Petunjuk Karakter Doomfist Dalam Overwatch! Blizzard Main Acah-Acah Di Twitter Pula!