Full Circle mendedahkan bahawa Skate 4 akan hanya dipanggil sebagai Skate. Ianya akan menjadi game percuma (free-to-play) di PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga menyokong cross-play dan cross-progression.
Berita itu dikongsi menerusi kemaskini The Board Room oleh Full Circle. Pihak mereka juga mengesahkan bahawa Skate akan berlatarbelakangkan di San Vansterdam, yang mana seperti bandar San Vanelona dalam Skate dan Skate 2.
Mereka juga menjelaskan kenapa mereka memilih nama “Skate” dan bukannya Skate 4 adalah kerana game ini bukan sekuel, reboot atau remake. Tapi sebuah game yang dibina untuk platform baharu yang akan dimainkan untuk jangka masa lama.

Ini bermakna peminat tidak perlu menunggu Skate 5 atau 10. Tapi sebaliknya melihat game Skate terus berevolusi dari semasa ke semasa untuk jangka masa panjang.
Full Circle juga menjelaskan sedikit tentang model free-to-play yang digunakan oleh Skate. Terdapat 4 peraturan yang ditetapkan oleh mereka dalam mengimplementasikan microtransactions ke dalam game tersebut antaranya:
- Tiada elemen pay-to-win
- Tiada map yang perlu dibayar untuk unlock
- Tiada loot boxes berbayar
- Tiada kelebihan gameplay yang boleh dibeli
Buat masa sekarang tiada tarikh keluaran untuk Skate. Tapi pembangun menjanjikan bahawa ia akan dikeluarkan apabila sudah bersedia.
Comments
Loading…