Satu per satu sistem baru dari Apex Legends akan dibawa masuk ke dalam Fortnite.

Laman Twitter FortTory telah melombong fail data terbaru yang ada dalam Fortnite. Apa yang mereka temui? Sebuah sistem respawn baru yang mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kalau Apex Legends mempunyai Recover Beacon, Fortnite kemungkinan akan menggunakan Second Chance Van, dan dari situ, pemain yang sudah mati, boleh dihidupkan semula. Semestinya, sebelum boleh dihidupkan semula, pemain perlu mengambil kad pemain yang telah mati itu, kemudian bawanya ke Second Chance Van untuk respawn — sama seperti dalam Apex Legends.

Pastinya sistem respawn ini tidak mengejutkan untuk dibawa masuk ke dalam Fortnite kerana Epic Games sebelum ini telah menyatakan yang mereka sedang melihat bagaimana sistem ini boleh diperkenalkan ke dalam game ini.

Jadi, apa pandangan korang pemain setia Fortnite? Bagaimanakah mekanisme baru ini akan mengubah gameplay?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.