in , , , ,

Siri Video Game The Witcher Kini Terjual Sebanyak Lebih 50 Juta Unit

Geralt of Rivia pastinya tersenyum mendengarkan berita ini.

Jualan siri video game The Witcher kini telah mencecah lebih daripada 50 juta unit. Berita ini diumumkan oleh CD Projekt Red dalam satu tweet terbaharu.

Angka ini merangkumi ketiga-tiga game dalam siri ini iaitu The Witcher (2007), The Witcher 2: Assassins of Kings (2011) dan The Witcher 3: Wild Hunt (2015).

Dalam laporan pada awal bulan lalu, The Witcher 3: Wild Hunt sahaja telah berjaya terjual sebanyak 28.3 juta unit, sekaligus mewakili lebih daripada separuh jumlah keseluruhan dalam siri video game itu. Tahun 2019 juga menyaksikan sebagai tahun kedua terbaik dari segi catatan jualan selepas 2015, iaitu tahun game ini dilancarkan.

Pastinya kejayaan tahun 2019 ini disebabkan oleh dua faktor utama. Pertama, ia merupakan tahun pertama game ini dilancarkan ke Switch, yang mana ia terus mewakili 11 peratus daripada jualan keseluruhan pada tahun itu berbanding Xbox One yang hanya mewakili 10 peratus.

Keduanya, kejayaan tahun 2019 pastinya turut dipengaruhi oleh penerbitan siri televisyen The Witcher di Netflix. Walaupun CDPR tidak terlibat secara langsung dengan siri TV ini, namun ia semestinya sedikit sebanyak telah mempengaruhi francais The Witcher itu secara keseluruhan. Dalam kata lain, selepas tertarik dengan siri TV di Netflix, penonton ingin meneruskan pengembaraan The Witcher mereka ke dalam video game pula.

The Witcher 3: Wild Hunt kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One da Switch

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sonic the Hedgehog Adalah Filem Adaptasi Game Dengan Kutipan Tertinggi Minggu Pembukaan Dalam Sejarah

Sekuel Filem Sonic the Hedgehog Diumumkan, Kini Dalam Produksi Awal

The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

Video Balik Tabir Ini Kongsikan Bagaimana Naughty Dog Mencantikkan The Last of Us Part II