in , ,

Siri TV The Last of Us HBO Umumkan Pengarah Untuk Episod Pertama

Berdasarkan berita terbaharu ini, siri televisyen The Last of Us terbitan HBO ini nampaknya sedang bergerak dengan begitu lancar.

Siri adaptasi dari video game popular yang dicipta Naughty Dog itu telah menerima pengarah baharu untuk episod pertamanya atau pilot episode, lapor The Hollywood Repoter.

Kerusi pengarah itu akan diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem asal Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Melihat kepada hasil-hasil kerja beliau sebelum ini, pengambilan Balagov ini menandakan yang HBO sedang menyasarkan untuk mewujudkan satu siri yang mempunyai ton dramatik yang serius.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us akan diketuai oleh Craig Mazin — iaitu insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann. Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony.

Pengarah pertamanya sudah, bila pula mereka akan umumkan siapakah yang bakal menghidupkan dua karakter ikonik, Joel dan Ellie?

JomBaca: Filem Uncharted, Siri TV The Last of Us Hanyalah Permulaan Kepada Lebih Banyak Adaptasi, Kata Sony

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

CDPR Masih Tidak Tahu Bila Cyberpunk 2077 Akan Kembali Ke PlayStation Store

Filem Mortal Kombat Kongsikan Gambar Pertama Sub-Zero, Jax Dan Ramai Lagi