in , ,

Siri TV The Last of Us Diberi Lampu Hijau Oleh HBO Untuk Teruskan Produksi

Bulan Mac lalu, dunia pop culture digegarkan dengan berita adaptasi video game terkemuka, The Last of Us ke dalam siri televisyen yang bakal diterbitkan oleh HBO.

Terkini, pembikinan siri TV ini sudah berganjak ke fasa seterusnya yang mana ia kini telah mendapat lampu hijau daripada HBO untuk meneruskan produksi, lapor The Hollywood Reporter.

Dari fasa awal pembikinan, kini siri TV ini sedang berada dalam fasa produksi aktif, dan HBO sudah merancang untuk menyiarkannya. Tentunya, sebagai penonton, kita boleh katakan produksi ini akan mengambil masa yang jauh lebih lama lagi, namun berita terbaharu ini menandakan yang siri TV ini benar-benar sedang aktif dibikin.

Teraju utama siri TV adapatasi ini ialah Craig Mazin — iaitu insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Pada ketika ini, tidak banyak yang kita ketahui tentang siri adaptasi dari video game ini. Apa yang kita tahu ialah ia akan menggunakan susur masa semasa game pertama The Last of Us. Masih belum ada butiran tentang para pelakon, serta tarikh keluarnya siri ini juga belum didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Sony Ada Perancangan Untuk Lawan Xbox Game Pass, Tapi Belum Sedia Umumkan

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Ambil Kedudukan AC3, Valhalla Catat Jualan Pelancaran Terbesar Dalam Sejarah Assassin’s Creed