in , , ,

Siri TV The Last Of Us Akan Kurangkan Adegan Keganasan Berbanding Game Asal

Siri TV HBO The Last of Us tidak akan mengandungi adegan keganasan yang banyak seperti game asal, menurut presiden bersama Naughty Dog, Neil Druckmann.

Menurut GameRant, dalam sesi temu bual yang akan diterbitkan di SFX Magazine, Druckmann mahu membuang adegan-adegan keganasan yang tidak penting demi perubahan medium media yang ditayangkan iaitu siri TV.

Beliau menjelaskan pengurangan adegan keganasan adalah untuk memastikan penonton lebih mudah untuk tertarik dengan jalan cerita. Druckmann berkata dalam medium seperti video game, pemain mengawal karakter Joel untuk melindungi Ellie daripada bahaya. Jadi adegan keganasan yang tinggi dapat membantu pemain untuk merasai impak yang mendalam.

Namun bagi siri TV, adegan keganasan yang terlalu banyak akan membelakangi jalan cerita yang penting. Malah pencipta bersama Craig Mazin dan HBO juga berkata hanya ambil adegan keganasan yang penting kepada plot. Itu akan membenarkan adegan keganasan memberi impak yang lebih daripada video game.

The Last of Us akan ditayangkan di HBO dan HBO Max pada 15 Januari 2023.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Buatan Malaysia Kini Percuma Di Epic Games Store – Eximius: Seize the Frontline

Steam: Ini Senarai Game Jana Pendapatan Tertinggi, Paling Banyak Dimainkan Sepanjang 2022