in , ,

Siri TV Resident Evil Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Netflix dilaporkan sedang membangunkan siri TV live-action adaptasi daripada francais video game seram terkemuka, Resident Evil.

Menurut laporan Deadline, Netflix enggan memberikan komen terhadap laporan ini, menunjukkan yang projek ini masih lagi dalam tahap awal pembangunan.

Laporan tersebut mengatakan yang perancangannya adalah untuk siri ini mengembangkan universe Resident Evil dan mendalami mitologi sedia ada. Ia juga dikatakan yang siri TV ini akan mengekalkan premis asas, yang mana turut akan menjadi persediaan kepada francais filem pula.

Siri TV tersebut dikhabarkan akan mengembara ke pekerjaan gelap dalaman Umbrella Corporation dan orde baru dunia yang berpunca daripada penyebaran T-virus.

Seperti biasa, selagi tiada kata rasmi daripada mana-mana pihak terlibat, kita anggap sajalah ianya sebagai satu khabar angin. Pendapat korang? Betul ke bohong?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG Lite Diumumkan – Versi Percuma Di PC! Kini Dalam Fasa Beta Hanya Di Thailand

Ace Combat 7 : Skies Unknown – Boleh Beli or Boleh Blah!?