in , , ,

Siri TV God Of War Akan Ikut Sumber Asal Game, Kata Ketua Amazon

Adaptasi siri TV God of War dari Amazon telah diumumkan pada minggu lepas dan jalan ceritanya akan mengikut seperti versi video game.

Siri tersebut akan mengikut perjalanan Kratos dan anak lelakinya, Atreus dari siri reboot God of War 2018. Tidak seperti siri sebelumnya yang mana diinspirasi dari mitologi Greek, siri reboot dan sekuelnya God of War Ragnarök diambil berdasarkan mitologi Norse.

Ketua studio televisyen Amazon, Vernon Sanders memberitahu kepada Collider bahawa peminat tidak perlu risau sama ada siri TV tersebut mengikut sumber asal atau tidak. Ini kerana plot siri TV itu tidak mengubah banyak dari versi video game.

Siri tersebut akan dihasilkan bersama antara Amazon Studios dan Sony Pictures Television dengan kerjasama dari PlayStation Productions.

Rafe Judkins (The Wheel of Time) dan penulis-penulis seperti Mark Fergus serta Hawk Ostby (Children of Men, Iron Man, The Expanse) akan bertanggungjawab dalam membawakan siri TV God of War. Ketiga-tiga mereka bertindak sebagai produser eksekutif.

Manakala Yumi Yang bertindak sebagai ketua studio Santa Monica dan Cory Barlog sebagai pengarah kreatif.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. I am an investor of gate io, I have consulted a lot of information, I hope to upgrade my investment strategy with a new model. Your article creation ideas have given me a lot of inspiration, but I still have some doubts. I wonder if you can help me? Thanks.

  2. At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.

JomKomen!

Loading…

0

15 Game Percuma Di Epic Games Store Sempena Perayaan Krismas

Steam Winter Sale Kini Bermula Sehingga 5 Januari