Jom jadi wakil esports universiti  korang? Mai bergasak dalam Tekken 7!

Semalam, Infinite Carnage (INC), selaku penganjur acara fighting game Malaysia , Hitbox Gaming bersama GamesFusion selaku studio gaming yang menjadi pangkalan beberapa komuniti fighting games di Kuala Lumpur telah mengumumkan penganjuran Varsity E-Sport FGC Tournament Series – siri pertandingan fighting games di peringkat varsiti.

Semalam kitorang sempat melawat AMG-chan 2018 untuk menjengah booth Infinite Carnage, Hitbox Gaming dan GamesFusion -…

Posted by JomGaming on Ahad, 27 Mei 2018

Bermula pertengahan Jun ini, 8 kolej dan universiti yang menganggotai Varsity Esports Association (VEA) akan menjadi medan pertarungan bagi peringkat kelayakan acara Tekken 7. Berikut adalah lokasi dan tarikh peringkat kelayakan Varsity E-Sport FGC Tournament Series ini:

Peringkat kelayakan di Taylor’s College – 2 Jun (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di Sunway University – 9 Jun (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di KDU University College – 22 Jun (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di MSU Shah Alam – 15 Julai (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di UCSI University – 21 Julai (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan Terbuka  – 5 Ogos (Facebook Event Page)
Peringkat kelayakan di Monash College – 17 Ogos (Facebook Event Page)

Pertandingan ini akan dibuka bagi penuntut setiap kolej dan universiti yang terlibat. Bagi pelajar dari kolej dan universiti lain, bolehlah menyertai peringkat kelayakan terbuka yang akan diumumkan kelak.

Top 4 dari setiap qualifier akan layak ke Grand Finals Tekken 7 di pesta AniManGaki pada 18 – 19 Ogos 2018 nanti. Selain itu, mereka akan memenangi hadiah-hadiah berikut:

Pemenang grand final liga ini pula akan memenangi sejumlah hadiah yang akan diumumkan kemudian. Tunggu kitorang dapatkan maklumat lanjut!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.