Giliran industri esports Johor pula untuk bangkit!

Dari kiri:  Tuan Haji ‘On bin Jabbar @ Ja’afar, Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor, YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor dan En. Nazirul Afiq bin Mohd Amin, Pengarah Urusan Consolewar.

Kelmarin satu perjanjian persefahaman telah ditandatangani antara Sports Johor dan ConsoleWar.

Sports Johor akan bekerjasama dengan Consolewar HQ – Official selaku jenama francais studio gaming terbesar di Johor -…

Posted by JomGaming on Khamis, 27 September 2018

Sports Johor selaku agensi pembangunan sukan di negeri Johor yang diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) – berhasrat membangun dan memajukan industri sukan elektronik negeri selaras dengan aspirasi yang dicetuskan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.

Dengan itu, Sports Johor akan bekerjasama dengan ConsoleWar selaku jenama francais studio gaming terbesar di Johor – dalam menganjurkan 4 siri pertandingan Johor eSport FIFA 19 Challenge.

Siri pertandingan ini masing-masing akan menawarkan wang hadiah berjumlah RM7,000 dan akan dianjurkan di bandar-bandar utama Johor pada tarikh-tarikh berikut:

  • 29 September 2018 di Galle[email protected], Johor Bahru
  • 27 Oktober 2018 di Wetex Parade, Muar
  • 24 November 2018 di UTC Pasir Gudang
  • 22 Disember 2018 di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Majlis tersebut yang turut dihadiri YB Tuan Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor turut mengumumkan rancangan masa hadapan Kerajaan Johor dalam memajukan arena esports negeri Johor.

Antara yang menarik perhatian adalah penganjuran pesta pertandingan esports pada tahun hadapan yang akan menampilkan 7 game! Eh, Johor Cyber Games ke nih? Wow! Untunglah warga Johor – esports dah mula rancak!

Kalau korang berminat untuk join pertandingan Johor Esport FIFA 19 Challenge siri pertama, KLIK AJE LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Korang boleh juga dapatkan info selanjutnya di Facebook Consolewar HQ – Official.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.