in , ,

Siri Netflix Resident Evil Dilaporkan Akan Mula Penggambaran Pada Jun Ini, Mempunyai 8 Episod

Sehingga ke hari ini, tiada kata rasmi daripada pihak Netflix yang mengatakan mereka sedang membikin siri TV untuk Resident Evil. Tapi, setahun yang lalu, ada laporan yang mengatakan sedemikian.

Terbaru, satu lagi laporan telah muncul mengatakan bahawa siri TV Resident Evil yang sedang diterbitkan oleh Netflix akan memulakan pra-produksi pada April, memulakan penggambaran pada Jun dan akan membawakan 8 episod yang setiap satunya berdurasi 60 minit.

Laporan ini datang dari Redanian Intelligence yang turut mengatakan penggambaran tersebut dijangka akan tamat pada Oktober, dan dikatakan lokasi hab produksi untuk siri ini ialah di Afrika Selatan.

Laporan sebelum ini mengatakan Netflix enggan memberikan komen, menunjukkan yang projek ini masih lagi dalam tahap awal pembangunan. Laporan tersebut mengatakan yang perancangannya adalah untuk siri ini mengembangkan universe Resident Evil dan mendalami mitologi sedia ada. Ia juga dikatakan yang siri TV ini akan mengekalkan premis asas, yang mana turut akan menjadi persediaan kepada francais filem pula.

Siri TV tersebut dikhabarkan akan mengembara ke pekerjaan gelap dalaman Umbrella Corporation dan orde baru dunia yang berpunca daripada penyebaran T-virus.

Sekiranya laporan ini benar, kita mungkin akan dapat menyaksikan siri ini ditayangkan pada tahun hadapan, mengambil kira penggambaran tamat pada Oktober 2020, dan proses pasca-produksi yang berjalan selama beberapa bulan.

Pada ketika ini, kita nantikan sajalah sebarang pengumuman rasmi daripada Netflix dan berharap laporan ini adalah sahih.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation Mungkin Sedang Merancang Untuk Bawakan Remote Play Ke Nintendo Switch

PlayStation Mungkin Sedang Merancang Untuk Bawakan Remote Play Ke Nintendo Switch

Mod GTA V Ini Akhirnya Berjaya Bawakan Virtual Reality (VR) Ke Dalam Game

Mod GTA V Ini Akhirnya Berjaya Bawakan Virtual Reality (VR) Ke Dalam Game