in , , ,

Siri Netflix Kingdom Akan Mendapat Adaptasi Game Ke PC, Mobile

Studio Action Square telah mengeluarkan trailer untuk game RPG iaitu Kingdom: The Blood yang akan hadir ke mobile dan PC.

Game itu diadaptasi dari siri Netflix yang memfokuskan kepada karakter yang pelbagai, zombi dan aksi pertarungan yang dahsyat.

Action Square menjamin bahawa budaya Korea akan dijaga dengan baik dari segi gameplay dan estetik. Studio itu juga menggunakan penari pedang Korea profesional untuk membawakan pertempuran gaya Korea yang sebenar.

Tambahan pula, pemain boleh memilih pelbagai jenis kostum untuk mengubah suai karakter mereka. Termasuklah boleh memakai pakaian Hanbok (pakaian tradisional Korea), yang mana menonjolkan Korea pada abad ke-16.

Pemain juga boleh menjelajah ke pelbagai lokasi di Korea sementara memburu zombi di kota Hanyang.

Kingdom: The Blood akan membawakan element PvE dan PvP serta story mode yang mengikut siri Netflix, dan mode pertarungan 5 minit yang dipanggil Conquest.

Buat masa sekarang ia masih belum ada tarikh keluaran, namun apa yang pasti ia akan hadir ke mobile dan PC.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Red Dead Redemption 2 Versi PS5, Xbox Series Juga Dilaporkan Telah Dibatalkan

Apex Legends Mobile Musim 2 Kini Bermula Dengan Legend, Map, Mode Baharu